 | | |
Orked Bridal House tampil merealisasikan impian perkahwinan anda. Pengalaman banyak mendewasakan kami. Kami senantiasa berinisiatif memperbaharui dan meningkatkan keupayaan perniagaan. Berkonsepkan suasana “rumah pengantin sebenar” membuatkan ramai pelanggan terasa mesra dan selesa pabila mengunjungi kami. Tampil esklusif dan punyai kelas tersendiri. Namun, sesetengah masyarakat beranggapan butik di kawasan kediaman merupakan kelas kedua. Namun Orked Bridal House mampu membuktikan sebaliknya. Tidak semuanya yang mahal itu bagus, dan murah itu tidak berkualiti.
Kenalilah Orked Bridal House sebagai Wedding Designer dan bukannya Wedding Planner. Tentunya gaya kami berbeza. Kami menawarkan anda pelbagai koleksi pakaian persandingan, set pelamin yang menarik serta jurusolek yang sentiasa mencari kelainan, sesuai dengan citarasa anda. Selain itu, kami turut berkerjasama dengan bakal pengantin untuk ‘mereka cipta’ majlis perkahwinan yang diimpikan. Bermula dari barang hantaran, cenderahati, kad jemputan, sehinggalah pelamin. Di Orked Bridal House, kami dengan sedaya upaya akan merealisasikan impian anda. Di sini kami akan memberi pandangan kepada bakal raja sehari sebagaimana menjadikan majlis mereka berjalan dengan lancar.
Kebiasaannya si pengantin sendiri akan bertindak sebagai Wedding Planner dan pihak keluarga yang akan menyusun atur majlis. Bukannya pihak ketiga. Hal sedemikian dapat memupuk keharmonian pengantin dengan keluarga tercinta. Disamping itu, kami turut berkerjasama dengan Wedding Designer dari Indonesia agar dekorasi perkahwinan yang dihajati dapat direalisasi penuh keunikan. Kepakaran kami tidak terhenti di situ sahaja. Pengalaman lebih 10 tahun dalam pembikinan dokumentari TV pasti membawa senyuman di wajah-wajah pengantin apabila melihat dokumentari perkahwinan mereka. Ia bermula dari saat kedua mempelai dilahirkan hinggalah ke detik mereka dinikahi. Secara ringkasnya kami akan mencipta sebuah rancangan realiti TV khas buat tatapan anda sekeluarga. Secara keseluruhannya, kesemua perkhidmatan yang kami tawarkan berbentuk kemahiran dan kepakaran. Kualiti kerja tetap kami utamakan disamping harga yang berpatutan. Menurut Azmy Osman selaku pengasas Orked Bridal House; bakal pengantin yang kebuntuan di dalam melaksanakan majlis perkahwinan, dan inginkan khidmat nasihat, pihak kami akan sedaya upaya membantu anda dengan tanpa dikenakan sebarang bayaran. Lokasi kami
Sebarang pertanyaan sila email ke azmy@orkedbridal.com atau www.myspace.com/orkedbridal
| | |